PENGENALAN

POS IMIGRESEN PELABUHAN
TANJUNG PELEPAS JOHOR

Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor ( PTP ) telah diwarta pada 9.9.1999 ( P.U(B) 361-363). Pelabuhan ini telah mula dibuka kepada kapal dagang dan mula beroperasi pada 1.10.1999 di mana Saipan Mariner adalah kapal yang pertama berlabuh di PTP. Pelabuhan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 13.3.2000.

Keluasan Pelabuhan Tanjung Pelepas ialah 1935 ekar. Proses pembinaan pelabuhan ini mengandungi 5 fasa dan fasa pertama telah memulakan operasinya pada akhir tahun 1999 dengan 6 dermaga dan fasa kedua telah disiapkan pada julai 2004 dengan kemampuan tambahan 14 dermaga.

Terdapat 2 fasa kawasan industri iaitu Fasa A dan Fasa B.

1. Fasa A mengandungi hampir beberapa buah gudang dikendali oleh:-
a) BMW, j ) Kerry Ingredients
b) Schenker Logistic k) Bayerische Motoren Werke
c) Maersk logistic l ) Seaworld Master
d) Tiong Nam m) Black Gold Trading
e) Usra Distripark
f) Edo-Nei
g) Miel Logistic
h) Linfox Logistic.
i) Indochine Bio Plastiques

Fasa A mempunyai sebuah kilang JB Cocoa dan 3 buah kilang JST Connectors yang sedang beroperasi dan 2 buah kilang JST Connectors –[ belum beroperasi ]

2. Fasa B mengandungi Kilang dikendalikan oleh:-
a) Flextronix
b) Ciba vision
c) Cameron
d) Pionner Simth

Produktiviti PTP meningkat dari 418000TEUs pada 2000 kepada 5.5juta TEUs pada 2007. Pada masa ini terdapat 10 buah syarikat perkapalan yang beroperasi di PTP dengan dua buah syarikat perkapalan terbesar dunia iaitu Maersk Sealand dan Evergreen adalah syarikat utama.

Pada awal penubuhan bahagian operasi, Pos Imigresen PTP di tempatkan di Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tg. Kupang Johor. Pada 1.10.2000 Pos Imigresen PTP telah mula beroperasi di Blok B wisma PTP.

Di dalam kompleks Pelabuhan Tanjung Pelepas ini terdapat 11 agensi kerajaan yang beroperasi iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Laut, Jabatan Kesihatan, Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor, Jabatan Farmasi dan Jabatan Polis Diraja Malaysia.

Pada 6 April 2000 kapal penumpang telah memulakan operasinya di PTP dengan syarikat Star Cruise menjadi perintisnya dengan 2 buah kapalnya iaitu m.v Taurus dan m.v Sagittarius. Walaubagaimanapun pada Julai 2002 Star cruise telah memindahkan operasi kapal penumpangnya dari PTP ke Tanjung Belungkur atas faktor keselamatan.
Terdapat hampir 69 buah agen perkapalan yang telah berdaftar dengan Pos Imigresen Pelabuhan Tanjung Pelepas sehingga Mac 2008

Mulai 5.11.2001 sistem pemeriksaan imigresen di PTP dilakukan melalui on line iaitu melalui sistem VCS ( Vessel Clerence System ) yang dibangunkan oleh pihak berkuasa PTP. Pada Disember 2002 sistem Imm Control telah diperluaskan di Pos Imigresen PTP.

VCS adalah sistem komputer yang dibangunkan oleh PTP dimana segala maklumat seperti :
a) Maklumat ketibaan kapal dan pemohonan pemeriksaan awal kapal.
b) Time Sheet
c) General Declaration
d) Crew list
e) Pengistiharan tiada penumpang gelap

Segala maklumat ini akan dipaparkan ke skrin komputer dan kelulusan dari Jabatan Imigresen dibuat secara ‘On Line’ tanpa perlu menaiki kapal dan membuat pemeriksaan fizikal keatas anak kapal. Endosment Pas Mendarat dilakukan di pejabat operasi dimana pasport dan dokumen perjalanan anak kapal dikumpulkan oleh agen perkapalan, ini selaras dengan PIMT 2/2001.

Segala maklumat ini kemudian dimasuk ke Imm Control untuk pengesahan kemasukan dan pemergian anak kapal untuk rekod jabatan Imigresen.